Wah!!...Teruja untuk melalui satu lagi upacara konvokesyen. Walaupun sebelum ini sudah melalui sekali sewaktu terima degree, itupun 7 tahun yang lampau....Waaaa, tua sudah rupa-rupanya...Hahahaha. Bagi mereka yang menerima Sijil, Diploma, Degree, dan mungkin juga Master....Kira sendirilah, berapa kali sudah konvo. Perrrgggghhh!!!
Dan ini, akhirnya setelah ditunda beberapa kali. Harap2 kali ini betul-betul punya. So, bulan Julai ni...aku akan berkonvo lagi....Yeah!!!
KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ZON SABAH 2011 |
TARIKH : 19 JULAI 2011
MASA : 08.00 PAGI – 03.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SA’ADAH WISMA MUIS KOTA KINABALU
1. ATURCARA SAMBUTAN
18 JULAI 2011 (ISNIN)
8.30 pg – 10.30 pg Pendaftaran Graduan-Pakaian Rasmi
(Di Dewan IPG Kampus Gaya)
2.00 ptg – 5.00 ptg Raptai-Pakaian Rasmi
(Di Dewan Sa’adah Wisma MUIS Kota
Kinabalu)
19 JULAI 2010 (SELASA)
7.30 pg – 7.45 pg Tetamu mengambil tempat
Perbarisan Graduan
Perarakan Masuk Graduan
8.00 pg Ketibaan Tetamu Kehormat
(Tetamu Kehormat dijangka tiba pada jam
8.30 pagi)
Majlis Konvokesyen bermula
2.00 ptg – 4.00 ptg Pemulangan Jubah
Penyerahan Diploma & Sijil-Sijil
3. PAKAIAN
Semua Graduan diwajibkan memakai jubah yang telah disediakan oleh pihak institut.
3.1 PAKAIAN GRADUAN LELAKI
i. Memakai pakaian Baju Melayu berwarna hitam
ii. Kasut berwarna hitam
iii. Songkok berwarna hitam
iv. Atau Lounge Suit/baju kot warna gelap
v. Baju putih
vi. Tali leher gelap
3.2 PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN
i. Memakai pakaian kebangsaan
ii. Atau skirt labuh / panjang
iii. Tudung warna cream sahaja
iv. Kasut hitam bertumit mesti menutup tumit dan jari
v. Dilarang memakai purdah
# Psssst!!! ada yang cakap mau buat makan2 lepas konvo...Sepa tu aaa???
No comments:
Post a Comment