Sampai sekarang mesti rasa macam mau menangis kalau ingat peristiwa ni.
Peristiwa ni berlaku pada tahun 1996. Masa tu saya baru Tingkatan 3 di Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS), Kota Kinabalu, atau sekarang ni lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Sabah. Lagi 1 minggu mau PMR. Macam biasalah, Jumaat petang saya balik ke Kampung untuk berjumpa dengan Ibu Bapa sebelum menduduki exam. Memohon restu la katakan.....
Hari ahad, bapa hanya menghantar hingga ke stesen bas. Penat mau hantar ke KK katanya. Saya ok saja. Dalam jam 2 petang, saya sampai di Hostel. Selepas mengemas barang-barang, ingat mau berehat sekejap. Tiba-tiba, terdengar pengumuman dari bilik gerakan hostel. "Diminta kepada Hajananie Mohd. Aslie untuk turun ke bilik gerakan kerana anda ada pelawat".
Terkejut juga, tertanya-tanya siapa yang datang melawat padahal baru balik dari kampung. Tahu siapa yang datang....? My Father. Ya, bapa yang tadi hanya menghantar ke stesen bas, kini ada dihadapan saya. Saya tanya kenapa tiba2 boleh sampai sini?....Bapa menunjukkan Bekas pensel @ Pencil Case saya. "Kamu terlupa benda ni", katanya. Tersentap perasaan bila melihat bapa yang sanggup driving jauh2 semata-mata mau menghantar pencil case yang saya terlupa. Alasannya, minggu depan mau PMR...nanti tiada alat. Aduh!!!...walhal benda itu boleh diselesaikan dengan membeli alatulis yang baru.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, bagaimana pengorbanan orang tua kita semata-mata mahu melihat anak-anaknya senang dan tidak menghadapi sebarang kesulitan.
Kesinambungan kepada cerita di atas, bila saya kembali ke bilik...saya menangis sepuas-puasnya sebab terharu yang amat sangat.
Oleh itu, walau siapapun kita sekarang......kita tidak akan ada disini tanpa mereka. Hargailah ibu bapa....berilah kesenangan kepada mereka selagi kita mampu....bukannya dalam bentuk wang ringgit...tetapi perhatian, kasih sayang dan jangan sekali-kali mengabaikan mereka walau apa jua keadaan.....
Akhir sekali, Selamat Hari Bapa untuk semua. Bapa, ayah, papa, daddy, Abi, Papi, abah....Walau apapun panggilan yang diberikan...Tanpa mereka siapalah kita.....
No comments:
Post a Comment