Friday, 17 June 2011

Happy Fathers Day~Unforgettable Memories


Sampai sekarang mesti rasa macam mau menangis kalau ingat peristiwa ni.

Peristiwa ni berlaku pada tahun 1996. Masa tu saya baru Tingkatan 3 di Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS), Kota Kinabalu, atau sekarang ni lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Sabah. Lagi 1 minggu mau PMR. Macam biasalah, Jumaat petang saya balik ke Kampung untuk berjumpa dengan Ibu Bapa sebelum menduduki exam. Memohon restu la katakan.....

Hari ahad, bapa hanya menghantar hingga ke stesen bas. Penat mau hantar ke KK katanya. Saya ok saja. Dalam jam 2 petang, saya sampai di Hostel. Selepas mengemas barang-barang, ingat mau berehat sekejap. Tiba-tiba, terdengar pengumuman dari bilik gerakan hostel. "Diminta kepada Hajananie Mohd. Aslie untuk turun ke bilik gerakan kerana anda ada pelawat".

Terkejut juga, tertanya-tanya siapa yang datang melawat padahal baru balik dari kampung. Tahu siapa yang datang....? My Father. Ya, bapa yang tadi hanya menghantar ke stesen bas, kini ada dihadapan saya. Saya tanya kenapa tiba2 boleh sampai sini?....Bapa menunjukkan Bekas pensel @ Pencil Case saya. "Kamu terlupa benda ni", katanya. Tersentap perasaan bila melihat bapa yang sanggup driving jauh2 semata-mata mau menghantar pencil case yang saya terlupa. Alasannya, minggu depan mau PMR...nanti tiada alat. Aduh!!!...walhal benda itu boleh diselesaikan dengan membeli alatulis yang baru. 

Apa yang saya cuba sampaikan ialah, bagaimana pengorbanan orang tua kita semata-mata mahu melihat anak-anaknya senang dan tidak menghadapi sebarang kesulitan. 
Kesinambungan kepada cerita di atas, bila saya kembali ke bilik...saya menangis sepuas-puasnya sebab terharu yang amat sangat.

Oleh itu, walau siapapun kita sekarang......kita tidak akan ada disini tanpa mereka. Hargailah ibu bapa....berilah kesenangan kepada mereka selagi kita mampu....bukannya dalam bentuk wang ringgit...tetapi perhatian, kasih sayang dan jangan sekali-kali mengabaikan mereka walau apa jua keadaan.....
Akhir sekali, Selamat Hari Bapa untuk semua. Bapa, ayah, papa, daddy, Abi, Papi, abah....Walau apapun panggilan yang diberikan...Tanpa mereka siapalah kita.....

Monday, 6 June 2011

NajwaLatif: Awesome Youtube Singer

Salam
NajwaLatif, mungkin masih ramai yang samar2 dengan nama ini. Saya sendiri pun dengan secara tidak sengaja terjumpa video2nya yang Awesome! dalam Youtube. Video2 yang dibuat tidak sama dengan video2 cikgu shida kita tu. Seriously, pendapat peribadi saya gadis comel ini memang berbakat besar. Umur baru saja 16 tahun. Cuba lihat video di bawah untuk mendengar single terbarunya yang baru saja release. 

CINTA MUKA BUKU-NajwaLatif


kita berkenalan hanya dalam laman muka buku,
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu,
oh..hati ku rasa sesuatu,

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku,
ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu,
oh..benarkah rasa itu..

Bagaimana..harus bersua..
ku rasa gementar tapi bahagia,
perlukah kita..hadir peluang pertama,
walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda,
banyak tanda tanya dan juga kata puja,
otak kata jangan hatiku rasa sayang,
hidup tak menentu adakah ini cinta.

Banyak soalan banyak juga jawapannya,
kata hati dan rasa tak dibiar saja,
setiap yang berlaku ada kebaikannya,
harus pejam mata dan cuba apa saja..

pabila kau renung tajam-tajam mata aku,
kurasa sesuatu rasa yang ku tak tahu, (oh3)
ini cinta remajaku,
dan pabila kau kata kan kau suka aku,
kuterdiam terkelu tak tahu mana nak tuju, (oh3)


#Video ni pulak, lagu Bruno Mars yang dinyanyikan semula.

GRENADE-NajwaLatif


Apa pendapat korang....Best kan...!!! 
Untuk yang berminat untuk mengenalinya dengan lebih dekat: Blog NajwaLatif
Facebook: NajwaLatif.


Thursday, 26 May 2011

Konvo punya cerita

Wah!!...Teruja untuk melalui satu lagi upacara konvokesyen. Walaupun sebelum ini sudah melalui sekali sewaktu terima degree, itupun 7 tahun yang lampau....Waaaa, tua sudah rupa-rupanya...Hahahaha. Bagi mereka yang menerima Sijil, Diploma, Degree,  dan mungkin juga Master....Kira sendirilah, berapa kali sudah konvo. Perrrgggghhh!!!

Dan ini, akhirnya setelah ditunda beberapa kali. Harap2 kali ini betul-betul punya. So, bulan Julai ni...aku akan berkonvo lagi....Yeah!!!





KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ZON SABAH 2011



TARIKH        :     19 JULAI 2011

MASA            :     08.00 PAGI – 03.00 PETANG

TEMPAT       :     DEWAN SA’ADAH WISMA MUIS KOTA KINABALU


1.         ATURCARA SAMBUTAN

            18 JULAI 2011 (ISNIN)

            8.30 pg – 10.30 pg                 Pendaftaran Graduan-Pakaian Rasmi
                                                            (Di Dewan IPG Kampus Gaya)

            2.00 ptg – 5.00 ptg                Raptai-Pakaian Rasmi
                                                            (Di Dewan Sa’adah Wisma MUIS Kota
                                                            Kinabalu)

            19 JULAI 2010 (SELASA)
           
            7.30 pg – 7.45 pg                   Tetamu mengambil tempat
                                                           
                                                            Perbarisan Graduan
                                                           
                                                            Perarakan Masuk Graduan

            8.00 pg                                   Ketibaan Tetamu Kehormat
                                                            (Tetamu Kehormat dijangka tiba pada jam
                                                            8.30 pagi)
           
                                                            Majlis Konvokesyen bermula

            2.00 ptg – 4.00 ptg                Pemulangan Jubah

                                                          Penyerahan Diploma & Sijil-Sijil

3.         PAKAIAN

Semua Graduan diwajibkan memakai jubah yang telah disediakan oleh pihak institut.

3.1              PAKAIAN GRADUAN LELAKI

i.                                Memakai pakaian Baju Melayu berwarna hitam
ii.                             Kasut berwarna hitam
iii.                           Songkok berwarna hitam
iv.                           Atau Lounge Suit/baju kot warna gelap
v.                              Baju putih
vi.                           Tali leher gelap




3.2              PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN
i.                    Memakai pakaian kebangsaan
ii.                 Atau skirt labuh / panjang
iii.               Tudung warna cream sahaja
iv.               Kasut hitam bertumit mesti menutup tumit dan jari
v.                  Dilarang memakai purdah


# Psssst!!! ada yang cakap mau buat makan2 lepas konvo...Sepa tu aaa???

Rutin Selepas Exam


Minggu ni, minggu Exam. Kena jaga Exam. Tapi saya berkesempatan menjaga pada hari isnin sahaja. Selasa dan  rabu terpaksa cuti kerana menguruskan hal kecemasan secara tiba-tiba. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Hari khamis, kembali ke sekolah dan kertas jawapan sudah menanti untuk diperiksa. Subjek Matematik, PSV dan Pendidikan Moral.

Hari ini, PSV sudah setel. Ada dua subjek lagi. Plan mau tanda time cuti. Entah macamna la agaknya murid-murid menjawab. Harap-harap tiada yang memeningkan kepala.

Wednesday, 25 May 2011

All about babies



Kedai ini menjual semua barangan bayi yang diperlukan. Klik "Baby Garden" di atas untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.

Nur Kasih The Movie


Nur Kasih The Movie...
Terus-Terang, saya bukanlah peminat fanatik filem ini tetapi masih ambil tau jalan ceritanya. Dulu semasa drama ni hangat dipertontonkan di TV3, saya hanya menontonnya sekali-sekala. Sebab awal-awal lagi sudah baca sinopsis cerita ni. Di mana lagi kalau bukan di internet...

Dengar-dengar, filem ni dapat sambutan hebat tapi tidak kurang juga yang bergosip di belakang yang mengatakan cerita ini "Indah Khabar dari Rupa". Walau apapun, bagi saya itu pendapat dan hak masing-masing untuk membuat penilaian. Setiap orang ada kesukaan yang berbeza-beza. Berdasarkan reputasi pengarah filem ini, saudara Kabir Bhatia, jadi saya percaya Filem Nur Kasih ini ada impaknya yang tersendiri.
Bagi anda yang belum menonton, sila2lah berkunjung di pawagam2 berhampiran. 
Saya....???? Hmmmmmmmmm.

Tuesday, 24 May 2011

Nasi Beriyani Sempena...????

Dari kiri: Megat Saufi, Samson Udjian, Abdul Hakim.



Cerita makan-makan ni terjadi sempena penerimaan gaji pertama sebagai seorang yang berkhidmat di sekolah ini. Rancangan makan-makan ini diusulkan oleh 3 jejaka hensem di atas.
Saya??... follow makan saja...Hehehe...
Setelah bergabung idea, tenaga, dan yang paling penting Ongkosnya dari kami ber-4, tanggal 10 mei 2011 maka terhasillah nasi beriyani made from Restoran Al-Arafah. Dengan penuh takzim....rezeki anugerah Allah ini dikongsi bersama seluruh warga kerja SK Pekan Telupid. Walaupun tidak seberapa (sedap nasi beriyani dia ni), tetapi apa yang lebih penting adalah niat yang ikhlas....
Semoga dimurahkan rezeki selalu dan Rahmat dariNYA....Amiiin.

Monday, 23 May 2011

Tidak dapat Tidurrr..

Salam....
Sekarang sudah jam 2.55 pagi. Mata masih belum mau tidur. Kenapa ni...??? Adakah mungkin kerana kejadian tengahari tadi....
Ya Allah.....
Kenapa aku boleh cuai sangat. Ini kejadian yang ke-2 untuk tahun ini dalam masa yang sangat dekat jaraknya dengan kejadian pertama....Adakah ini peringatan dariMU Ya Allah...
Semoga dengan segala kejadian ini memberi peringatan dan pengajaran....
Cukup setakat ini.....
Jari mau menaip lagi, tapi hati dan otak beku dan kelu tidak mampu menyusun baris kata-kata.

Saturday, 21 May 2011

Dulu.....Sekarang.....


Salam......
Dulu, aku hampir berputus asa mengejar impian untuk menjadi apa yang aku ada sekarang. Bertahun-tahun mencuba, akhirnya tahun 2010 membuka peluang kepada aku untuk mencapainya. Alhamdulillah.....Allah sudah menjanjikan rezeki kepada setiap hambaNYA. Bezanya....cepat atau lambat. 

Untuk makluman, percubaan untuk menjadi seorang pendidik bukan sekali dua.....tapi tujuh kali....ulang sekali lagi...7 kali...!!! Syukur yang amat sangat aku masih diberi kesempatan sebelum mencapai umur expired. Dan Alhamdulillah....sekarang aku jadi pengukur jalan yang setia setiap minggu Jumaat dan pagi Isnin...berulang-alik dari Ranau-Telupid-Ranau. Telupid...satu daerah kecil yang aku tidak pernah bermimpi untuk menjadi salah seorang warganya....Tidak tau lah sampai bila....lama atau sekejap...Selagi Khidmat aku diperlukan di sana....

hmmm...Pic di bawah ni ekceli masa Praktikal di SK Sri Gaya, Kota Kinabalu...:)...Sekolah Kluster...Pergghh!!...


# Pic di bawah pula, waktu masih bekerja di tempat lama, Takaful Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga kerana pengalaman yang diberi selama hampir 4 tahun, 2006-2009. Segala pahit manis banyak mengajar untuk lebih dewasa. Terima kasih juga kepada ex-bosku yang sentiasa hensem...hehehe...En. Idris. Tunjuk ajarmu akan sentiasa jadi panduan....Tidak lupa kepada staf2 lain yang banyak berjasa....Jasa kalian akan dikenang selagi hayat dikandung badan...


Friday, 20 May 2011

Ukhuwah Itu Indah Jika Bertemu dan Berpisah Kerana Allah.



Assalamualaikum...Salam Sejahtera
Aku kembali menulis di alam maya setelah lama tidak melatih jari-jari dan otak untuk menekan kiBod dan berpikir untuk menulis sebaris dua. 
Kenapa aku menulis...????
Sejak kecil, ini memang hobi walaupun tidak sehebat mana2 penulis tersohor. Banyak koleksi yang sudah terkumpul....tapi banyak juga yang lesap entah kemana. Tikus bawa lari mungkin. 
Namun.....
Semakin usia bertambah, semakin malas menabur bakti di atas kertas. Melainkan yang "terpaksa".....hehehe. Faham2 sendirilah apa maksud terpaksa tu. 
Jadi....dengan adanya kemudahan alam maya ni, senang sikit lah. walaupun sebelum ini ada juga memblogkan diri tapi sekerat jalan. Harap2 yang ini berterusan. InsyaAllah. 
So.....untuk post pertama ni, rasa2nya setakat ini dululah....Till Then.

# Banyak lagi yang perlu dipelajari. Thanx to my Sist www.ceriterasahabat.blogspot.com yang banyak memberikan tunjuk ajar....

Salam...